Rafizi Ditahan Polis Sejurus Keluar Dari Parlimen, Petang Tadi

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ditahan sekumpulan anggota polis di pintu pagar bangunan Parlimen petang tadi.

 

Perkara itu dmaklumkan oleh pengendali laman Facebook Rafizi sebentar tadi.

 

“YB Rafizi Ramli telah ditangkap oleh lebih 10 orang Polis sejurus beliau keluar dari Parlimen jam 6.05 petang tadi.

 

“Peguam sedang cuba sahkan lokasi penahanan dan cuba berhubung dengan beliau,” memetik kenyataan tersebut.

 

Menurut sumber, Rafizi dibawa ke Bukit Aman dan disiasat berhubung fitnah yang dibuat terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

 

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, turut membuat  pengesahan mengenai penahanan itu melalui akaun Twitternya.

 

“@PDRMsia sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Sect 8 OSA,” katanya.

 

Difahamkan 16 anggota polis berada di luar parlimen untuk menahan Rafizi.

 

Rafizi sendiri dalam satu kenyataan mengetahui terdapat tiga siasatan polis serentak ke atas dirinya iaitu mengenai Tabung Haji, mengenai bayaran pencen yang lambat dan siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

 

Rafizi sebelum ini mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.  – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.