Priyanka Chopra Terima Jemputan Isteri Obama

Kehadiran Priyanka Chopra di Hollywood terus mendapat perhatian bukan sahaja penggiat seni dan peminat di sana, malah turut meraih minat Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama.

 

Khabarnya aktres itu menerima jemputan makan malam di Rumah Putih yang diadakan pada bulan ini. Selain Priyanka, Michelle turut mengundang aktres popular lain seperti Bradley Cooper, Lucy Liu, Jane Fonda dan Gladys Knight.

 

Bagaimanapun, menurut sumber aktres itu, Priyanka belum mengesahkan kehadirannya kerana sibuk de­ngan penggambaran musim baru drama Quantico dan filem Baywatch.

 

“Hanya minggu depan baru tahu sama ada Priyanka boleh menghadiri makan malam itu atau sebaliknya,” kata sumber itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.