Peminat Dakwa Tudung Fareeda Ciplak Idea Tudung Lain

KUALA LUMPUR – Syarikat Fareeda House of Scarf (Fareeda) di dakwa menciplak idea dan rekaan jenama tudung yang dikeluarkan syarikat lain.

 

Menurut beberapa peminat tudung, rekaan terbaharu yang dikeluarkan Fareeda sebenarnya telah dipasarkan beberapa tahun sebelum ini.

 

“Baru perasan latest collection scarf die yang viral tu same gile dengan shawl yang kite beli dua tahun lepas. Tak ada la latest sangat maknanya, yang penting kita beli tiga kali ganda lebih murah,” kata Cik Fify Abdul.

 

“Babe @nurshafinazm ingat tak 3-4 tahun lagi, saya beli tudung tu dekat Vincci? Mungkin saya boleh korek semula almari cari shawl ini.. haha,” tulis Aqilah Amin.

 

Fareeda Sabtu lalu melancarkan koleksi terbaharu tudung Sweet Luv, pelbagai warna dan corak sehingga mencetuskan kontroversi apabila ada dikalangan peminat yang berasak-asak bagi mendapatkan nombor giliran.

 

 

Video yang dipapar ke laman Facebook itu dimuat-naik oleh pelakon Fizo Omar, yang juga merupakan suami kepada Pengarah Fareeda Global Resources, Mawar Abdul Karim.

 

Semenjak disiarkan, Fareeda mendapat kecaman hebat daripada pengguna laman sosial kerana ia memaparkan adegan bersesak-sesak antara lelaki dan perempuan, hanya untuk mendapatkan nombor giliran masuk ke butik Fareeda pada hari pertama koleksi terbaharunya dilancarkan.

 

Video yang berdurasi 16 saat itu juga mendapat kritikan pedas daripada selebriti Wardina Safiyyah dan Wan Dazrin yang juga bekas peserta awal rancangan Da’i.

 

Wardina misalnya, meminta supaya jenama berkenaan janganlah merendahkan dan melayan pelanggan mereka sebagai ‘kambing’ atau ‘lembu’ yang sekali gus merujuk kepada isu terkini Fareeda. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.