Najib Lawat Haron Din IJN

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meluangkan masa melawat Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang kini masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), disini petang tadi.

 

Menurut sumber Pejabat Perdana Menteri ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi, Najib meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk beramah mesra sambil bertanyakan tentang kesihatan Haron yang baru selesai menjalani pembedahan kecil.

 

Terdahulu anak perempuannya, Dr Huda Haron pada Jumaat memaklumkan keadaan kesihatan bapanya dilaporkan semakin baik.

 

Selasa lalu, Haron dimasukkan ke hospital apbila mengadu mengalami sakit dada selepas menjalani rawatan angiogram dan angioplasty.

 

Beliau sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada 2 April 2012 dan telah pernah beberapa kali menerima rawatan di IJN disebabkan komplikasi jantung. – SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.