Letupan Di Restoran Chili’s Gegarkan Mid Valley

PETALING JAYA – Beberapa orang cedera dalam satu letupan yang berlaku di Restoran Chili’s di Pusat Beli-belah Mid Valley, pagi ini.

 

Berita mengenai letupan itu mula tersebar di Twitter kira-kira jam 10.30 pagi tadi, dengan beberapa keping gambar menunjukkan kerosakan yang berlaku di restoran itu dimuat naik pengguna laman sosial.

 

Seorang jurucakap Pusat Beli-belah Mid Valley ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku pada jam 9.45 pagi tadi.

 

Menurutnya, beberapa mangsa cedera ringan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.

 

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dipetik Malay Mail Online berkata, laporan awal menunjukkan bahagian siling di luar restoran itu runtuh dan mencederakan lapan orang.

 

“Siasatan masih dijalankan bagi menentukan jika runtuhan siling itu berpunca daripada letupan silinder gas,” katanya. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.