Kehidupan Mewah 50 Cent Sebenarnya Palsu

Penyanyi rap 50 Cent mengakui paparan berhubung kehidupan mewahnya sebagai selebriti terkenal di laman sosial Instagram adalah palsu.

 

50 Cent berkata, ia sebenarnya untuk menarik perhatian peminat selain ingin memperlihatkan pesona dirinya sebagai bintang rap yang penuh dengan kemewahan biarpun hakikatnya dia mengalami masalah kewangan yang teruk.

 

TMZ melaporkan 50 Cent membuat kenyataan itu bagi menyangkal dakwaan mempunyai sebuah rumah mewah di Afrika selepas memuat naik gambar kediaman berkenaan di Instagram miliknya tahun lalu.

 

Dia kini sedang dalam proses permohonan bagi mengisytiharkan dirinya muflis dan ingin membuktikan kepada penghutang bahawa dia tidak menyembunyikan sebarang aset.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.