Video: ‘Saya Malu Sangat, Saya Tak Kacau Orang’

Kuala Lumpur – Seorang individu yang dikenali sebagai Hafizal, 27, merayu agar pengguna media sosial khususnya Facebook agar berhenti menyebarkan gambar kad pengenalannya.

 

Menurutnya tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu telah mencemarkan imej serta maruahnya.

 

Melalui rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook itu, beliau merayu agar gambar MyKad miliknya itu tidak disebarkan lagi kerana telah mencetuskan kekecohan.

 

 

“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak bagitahu kepada anda semua tolonglah jangan keluarkan gambar saya dan janganlah tunjukkan IC saya dan mengedit IC saya sampai macam itu sekali, saya malu sangat. Sebab saya nak cari rezeki yang halal.

 

“Saya tak ganggu orang, saya tak kacau orang. Tapi tolonglah jangan buat IC saya macam tu. Tolong jangan kata saya macam-macam. Saya merayu sangat.” ujarnya di dalam rakaman berdurasi satu minit sembilan saat itu.

 

Beliau turut meminta maaf sekiranya ada menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak sambil mengesa agar mereka menghentikan perbutaan tersebut.

 

“Saya hilang arah sejak saya nampak gambar-gambar IC saya dibuat macam tu, kawan-kawan saya hantar dekat saya, pelanggan hantar pada saya. Saya malu sangat.

 

“Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat,” katanya.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, rata-rata pembaca terharu dan melahirkan rasa simpati terhadapnya yang disifatkan menjadi mangsa keadaan.

 

Nurul Fazreen Ezzaty: kesiannya kat dia..

 

Aaron Sahib Respect: jgn hina org

 

Muhammad Amir: Tugas kita menegur bukan menghina. Manusia manusia
Gambar kad pengenalannya mula tersebar sejak akhir-akhir ini, yang memaparkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan status jantina khunsa.
Katanya, dia terpaksa menanggung malu apabila dia dihujani dengan pelbagai persoalan dan mesej dari rakan-rakan serta pelanggan tempat kerjanya malah lebih buruk, dia turut dilemparkan kata-kata buruk.

2 thoughts on “Video: ‘Saya Malu Sangat, Saya Tak Kacau Orang’

  • May 12, 2016 at 12:47 pm
    Permalink

    Bismillah – Buat para sahabat semuslim .. Khunsa bukanlah penyakit ataupun dikatakan cacat .. Tidak .. mereka ini termasuk golongan istimewa .. Jangan terkejut jika Khunsa ada di syurga juga .. Tidaklah Allah menjadikan sesuatu “Ciptaan-Nya” itu sia-sia” .. ada rahmat dan “hikmah” disebaliknya .. Hanya manusia yang mempunyai hati sahaja mampu mengerti ..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.