Turun Awal, ADUN Bukit Ibam Terselamat Dalam Nahas Helikopter

Kuantan – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahussin terselamat dari nahas helikopter yang terhempas di Semenyih pada petang Sabtu.

 

Beliau yang turun daripada helikopter itu lebih awal di di Muadzam Shah, Rompin sebelum pesawat itu meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

 

Wan Kadri berkata Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan meninggalkan majlis awal untuk menghadiri satu lagi majlis malam di Kuala Lumpur.

 

“Sepatutnya helikopter malang itu mendarat di Subang petang semalam,” katannya kepada Bernama.

 

Beliau yang turut bersama dengan anggota Parlimen Rompin itu dan lima yang lain menaiki helikopter malang itu dari Pekan ke Bandar Tun Razak semalam kerana Jamaluddin ingin menziarah seorang kakitangannya yang baharu sahaja kematian ayah.

 

“Bagaimanapun kami terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

 

“Berikutan keadaan itu juga kami terpaksa membatalkan hasrat untuk melawat tanah milik Allahyarham yang sebelum ini ingin diwakafkan kepada sebuah pusat tahfiz,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.