Surat Terbuka Buat Ayahanda Tun Mahathir – Aznil Hisham

Oleh: Dr Aznil Hisham

 

 

Ayahanda Tun M,

 

1- Beberapa hari ini saya berfikir dengan persoalan ayahanda Tun kepada Datuk Seri Najib. Saya menjadi kurang faham kenapa ayahanda bertanyakan sesuatu yang telah dijelaskan.

 

2- Ayahanda yang saya kenal seorang yang senantiasa membaca dan tekun dalam mencari maklumat, namun persoalan-persoalan ayahanda tidak menggambarkan ayahanda sepertimana yang saya gambarkan. Kenapa?

 

3- Ayahanda yang saya kenal seorang yang akan mempersoalkan sesuatu yang mempunyai asas yang kukuh. Tetapi tindakan ayahanda menyoal kes Altantuya yang telah pun selesai di mahkamah amatlah mendukacitakan. Sikap seperti ini adalah serupa dengan penyokong-penyokong PR (Pakatan Rakyat) yang tidak berotak. Kenapa?

 

4- Ayahanda yang saya kenal sangat lantang mengkritik. Saya juga tahu bahawa ayahanda amat tidak bersetuju dengan 1MDB (1Malaysia Development Bhd). Ketahuilah ayahanda, segala persoalan tentang 1MDB sudah dijawab. Ketahuilah ayahanda, 1MDB masih dalam tempoh kematangan. Berilah masa. Sedangkan Proton yang diterajui ayahanda kini juga masih belum lagi mencapai tahap kematangan sejak tahun 1983.

 

5- Ayahanda yang saya kenali seorang yang dapat membaca pergerakkan musuh. Ayahanda tahu bagaimana mematikan langkah musuh. Ayahanda juga tahu, musuh kini adalah berbeza dengan dahulu. Musuh yang parti hadapi akan memutar belitkan setiap kenyataan para menteri termasuk kenyataan ayahanda. Sekarang ayahanda meminta Datuk Seri Najib menjelaskankan sendiri kepada umum. Adakah ayahanda tidak sedar langkah itu bakal menyebabkan Datuk Seri Najib terjerat? Kejahatan pembangkang kini 10 kali lebih teruk dari zaman ayahanda. Mereka sudah tak tahu hendak beza antara halal dan haram. Tidakkah ayahanda sedar?

 

6- Ayahanda yang saya kasihi, menurut ayahanda, Barisan Nasional (BN) akan hilang kuasa pada PRU 14 (pilihanraya umum ke-14). Menurut ayahanda kepimpinan di bawah Datuk Seri Najib sangat lemah berbanding Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Sedarkah ayahanda bahawa apa yang Datuk Seri Najib lakukan sekerang adalah pembersihan ‘najis’ yang ayahanda tinggalkan?

 

Benar ketika PRU13, keputusan lebih teruk dari PRU12, namun tidakkah ayahanda lihat bagaimana orang Melayu lebih bersatu berbanding zaman ayahanda?

 

Tidakkah ayahanda lihat pada PRK Kajang (pilihanraya kecil) dan Teluk Intan menunjukkan rakyat mula mempercayai kepimpinan Datuk Seri Najib?

 

Tidakkah ayahanda lihat pertumbuhan ekonomi negara baik walaupun negara dilanda serangan ekonomi dunia dan musibah?

 

Tidakkah ayahanda tahu bahawa penilaian ketika kesukaran itu lebih signifikasi?

 

7- Ayahanda berkata sesuatu yang tidak baik tentang GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Namun saya terima pendapat ramai bahawa itu hanya ‘sarcasm’ dari ayahanda. Namun, kenapa persoalan-persoalan ini muncul ketika hari pertama GST dilaksanakan? Adakah itu disengajakan?

 

8- Jika ayahanda kata banyak skandal-skandal Datuk Seri Najib tidak terjawab, saya juga boleh bertanya kenapa ayahanda mengambil tindakan memecat Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada 1998. Walhal ayahanda telah mengetahui mengenai sejak 1993? Bagaimana pula skandal-skandal ayahanda yang menjadi persepsi rakyat hingga kini? Ianya masih tak terjawab.

 

9- Ayahanda yang saya kasihi. Ketahuilah, tidak semua persoalan perlu di jawab. Datuk Seri Najib adalah hak kami. Kami mahu dia bekerja untuk kami kerana tugas beliau adalah menjaga negara untuk kami. Bukan menjawab persoalan-persoalan yang telah pun dijawab.

 

10- Menukar kepimpinan setiap kali kita rasa tak sesuai bukan satu langkah yang bijak kerana ianya merugikan negara. Sudah pasti setiap pertukaran kepimpinan akan melalui dasar yang baru. Ianya membuang masa.

 

11- Teguran ayahanda sangat diperlukan tapi janganlah sampai memberi peluru kepada musuh kerana itu didikan yang salah. Saya sayang pada negara sebagaimana ayahanda, namun saya tidak bersetuju dengan cara ayahanda mengambil pendekatan memusnahkan negara dan bina kembali. Saya lebih suka memperkuatkan apa yang lemah.

 

12. Pembangkang kini berada dalam keadaan yang paling lemah, sepatutnya inilah masa kita bersatu. Bukan berpecah belah.

 

 

Kesimpulan

 

Masih ingatkah kata-kata ayahanda ini? Ianya masih segar dalam ingatan saya.

 

“Kalau hendak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran, kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar”

 

Malangnya ayahanda lupa.

 

 

 

 

Nota:

* Penulis adalah merupakan salah seorang pengamal perubatan di sebuah hospital kerajaan di ibukota.

 

** Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari laman Facebook beliau dan tidak semestinya mewakili pandangan SuaraTV

17 thoughts on “Surat Terbuka Buat Ayahanda Tun Mahathir – Aznil Hisham

  • April 5, 2015 at 10:35 pm
    Permalink

    Dikatakan banyak persoalan yg timbul tetapi tidak dijawab. Dikatakan persoalan yg tidak dijawab telah banyak menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan sekarang. Dan dikatakan banyak yg tidak betul dalam pengurusan ekonomi negara. Lantas teguran2 dibuat dan segala usaha memperbetulkan cara pengurusan ekonomi melalui rundingan dikatakan telah tidak berhasil. Oleh itu mantan PM kata beliau terpaksa mengambil langkah drastik untuk menjatuhkan Najib. Kononnya demi bangsa negara dan agama. Sedangkan persoalan2 yg dituntut jawapan tidak mewajarkan PM menjawabnya kerana segalanya adalah jerangkap samar yg dipasang oleh veteran perang saraf. Diperlekehkanbya ketokohan Najib dgn membuat ramalan rambang konon persepsi negatif akan membawa kpd kekalahan pasti pada PRU akan datang. Sedangkan semua kita tahu persepsi negatif yg dikatakan hanya wujud dalam kalangan penyokong hardcore dlm pakatan pembangkang dan kini semakin berkurangan dari hari ke hari kerana pembohongan tidak dapat bertahan lama akhirnya tunduk kepada kebenaran. Mantan PM sungguh celupar menegur mengenai persepsi negatif yg dikatakan sedang menular dalam pemikiran rakyat walhal persepsi negatif itu adalah lebih besar berhubung kait dengan hal2 yang berlaku di era beliau sendiri sebagai PM. Oleh itu, teguran itu bukanlah sebenarnya sebuah teguran demi bangsa negara dan agama tetapi segalanya ada rahsia yang terselindung.

    Reply
  • April 5, 2015 at 11:29 pm
    Permalink

    Rakyat malaysia bersama menyokong Tun M.

    Reply
  • April 6, 2015 at 2:41 am
    Permalink

    Teringat jiran saya lama dahulu yang kuat minuman keras dan selalu mabuk.Selalu katanya….”Saya tak mabuk,siapa kata saya mabuk”…faham2 je lah.

    Reply
  • April 6, 2015 at 6:19 am
    Permalink

    Terlalu banyak ambiguity terpapar melalui pelbagai saluran komunikasi negara,menyebabkan fikiran majoriti rakyat tambah bercelaru. Secara langsung ia menguasai psyche rakyat.

    Reply
  • April 6, 2015 at 1:25 pm
    Permalink

    rahsia yang terselindung = Mukhriz

    Reply
  • April 6, 2015 at 6:31 pm
    Permalink

    Salam, soalan2 doctor lembut tp mendalam. tapi saya tidak sependapat dengan doctor, mungkin kita melihat perkara ini dari pandangan yang berbeza. saya lebih menyokong kepada kepimpinan dan lihat dari segi hasil perkara yang telah dilakukan.

    Reply
  • April 6, 2015 at 8:28 pm
    Permalink

    Puih.. cakap mcm tun m tak berfikir sebelum dia mengkritik. Walhal, sudah jelas dia sudah banyak menasihati najib dari 4 tahun yang lepas. Cakap jenis pemikiran sempit tak boleh hadap perubahan. Dari zaman rasulluallah lagi kita dianjurkan berhijrah untuk memperbaiki komuniti dan hidup dengan lebih baik. Ko nak jawab apa bila malaysia memang telah dilabel ‘the most corrupted country’. Shame on dear.

    Reply
  • April 6, 2015 at 9:33 pm
    Permalink

    dr aznil……no komen laaaahhh kalau komen pun ramai org dah komen…cuma cuba jenguk2 sikit masalah rakyat apakah ia lebih baik atau bertambah…kalau baik maka baiklah kerajaan ini..kalau lagi teruk dan tidak terbela maka teruklah kerajaan ini…masing2 punya pendapat……..sendiri tanya sendiri jawab

    Reply
  • April 6, 2015 at 10:24 pm
    Permalink

    Point no.10 tidak benar. Jika tidak sesuai dah tentulah mesti ditukar krn jika tunggu lebih lamalah yg akan merugikan negara dalam jangkamasa panjang. Singkap semula sejarah Umno dan kita akan tengok Umno memang dah lama mengamalkan prinsip tukar pemimpin bila tidak sesuai.

    Reply
  • April 6, 2015 at 11:27 pm
    Permalink

    Salam Dr Aznil.apa anda cakap mmg sesuai untuk melembut dan membodek hati PM sekarang.Adakah anda tahu apa yg berlaku di bawah sekarang ? Adakah anda tahu bagaimana penduduk kampung semakin marah dgn UMNO dan kerajaan dari hari ke hari…Saya yg dulunya penyokong tegar UMNO telah mula benci tak tak percaya dgn UMNO…Dr Aznil….anda berkarya untuk membodek orag atasan tanpa mengetahui masalah dan rintahan rakyat sebenar….!!Gone with UMNO.!

    Reply
  • April 7, 2015 at 12:50 am
    Permalink

    Suka hati ko je nk ckp penyokong PR tde otak
    Harap je doktor. Tp pemikiran low class. Setiap manusia ade otak and ade pandangan masing2. Yang penting hormat pndangan masing2. Kalo ko benci PR ko mmg bodo. Setiap negara demokrasi kene ade parti pmbgkang. Sbb ade parti pmbgkang la rakyat boleh hdup ngan lebih vaik.sbb ape? Cuba bayangkan,kalau ade satu je kedai runcit kat satu kampung. Nk g kedai lain jauh sgt. Jd org kg tsebut mst kena beli kat sna jugak.wlaupun mgkin harga brg dia mahal.dia monopoli and jadi mcm raja.boleh buat sesuka dia. Tp kalau ade pesaing ,mst dia akan jaga dgn lbih elok.mcmtu gak PR. Sbb ade pmbgkg lah nasib kita masih x teruk sgt. Ko mgkin gaji tggi wlaupun otak tak berapa high class. Doctor pun pemikiran kelas ke 3. Cuba bayang org yg susah. Kepale hotak ko ekonomi negara baik. Kalo baik,asl nilai ringgit susut? Sbb nilai susut ,nk import brg harga makin mahal. Jadi kene jual pun mahal.last2 susah spe? Pengguna. Ko mgkin x susah.kaki ampu. Dpt la mcm2 bnda free nnti. Dh dh la tu ngan surat yg mcm sakai ni. Nk org hormat ko, blaja hormat org.jgn jd dungu. Jadi doctor biar ade class sikit. Jgn jd mcm org x bpelajaran

    Reply
  • April 7, 2015 at 2:05 am
    Permalink

    I’m sorry. I disagree w you. You shud come and look at the people below you. Yes you berduit. You mampu kritik anything. How bout people yg cukup2 makan? W this GST, students suffer more. Rakyat kais pagi makan pagi suffer more. Tun M lagi mengetahui. You are free too critic him but remember it must be menyeluruh and fair. From the statement above you already sound bias.
    Thanks.

    Reply
  • April 7, 2015 at 12:24 pm
    Permalink

    Gst…..kami org miskin ….kami org susah …makan,pakai,benda harian semua kena cukaiiii…korang gaji belas2, puluh2 rinu mmg la tak rasa apa yg kami rasa…barang naikkk mendadah…takkan nak harap kami buat report je…mana pemantauan berkala yg dijanjikan…mana…gaji pun cuput je…yg given statement tu tak apa la ..gaji banyak…makcik jual goreng pisang tepi jalan pun kena bayar GST juga ke…org miskin kena bayar cukai gak ke…kadang2 makan nasi kekadang tidak…..kena byr cukai gak ke..barang naik harga tak kira kedai runcit ka kedai besaq ka…semua naik….aduhhh GST

    Reply
  • April 7, 2015 at 7:08 pm
    Permalink

    Siapa kita nak kutuk najib . beri dia masa nak terajui negara ni . takkan nak biarkan pkr or dap mmerintah .

    Reply
  • April 8, 2015 at 12:08 pm
    Permalink

    Beri peluang apa lagi kalau dah boros…tiris..matawang terjun tiruk menjunam!..Dah banyak tahun dah kita bagi peluang, nak negara makin jahanam ke? Syabas Tun M atas teguran Tun…semakin menampakkan kepincangan dalam kepimpinan PM sekarang.. Hanya manusia yang telah buta mata hatinya yang terus membela kebobrokan pemimpin yang korup! Pirah penulis surat terbuka ni!

    Reply
  • April 9, 2015 at 4:21 pm
    Permalink

    Dr.Aznil Hisham, Kau tak layak panggil Tun M ayahanda! Aku minta kau beri penjelasan terperinci maksud tulisan kau no.6 yang mengandungi perkataan : Najib sekarang sdg membersihkan najis yg ditinggalkan oleh Tun M.

    Reply
  • December 4, 2016 at 10:24 am
    Permalink

    Asalam,Semua org tak boleh buat apa2 ni memang zamannya.Tn2 tengok berapa peratus yg sembah Allah.Hanya 10% yg Solat apabila umat jauh dri hukum Allah swa dn Cara hidup Nabi saw akan hantar pemimpin yg zalim,barang2 naik harga dll lagi cuba tn2 yg mulia tengok kitab Fitnah
    akhir zaman ini salah siapa salah saya.So apa yg saya kena buat.Taubah dn semua kena saling ingat mengingati agar kembali kpd Allah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.