PRK Permatang Pauh: PKR Umum Calon Lepas SPR Tetapkan Tarikh Mengundi

Klang – Calon pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh hanya akan diketahui sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memaklumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi, kata Timbalan Presiden, Azmin Ali.

 

“Kami akan menghantar nama calon untuk pengesahan ke Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dalam mesyuarat akan datang.

 

“Calon yang dipilih itu adalah dari senarai calon yang telah diteliti oleh parti ketika mesyuarat sebelum ini,” kata Azmin ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pusat GM Klang Warehouse, di sini, hari ini

 

Azmin berkata, partinya itu akan memberikan tumpuan yang penuh untuk PRK akan datang dan calon yang dipilih untuk Permatang Pauh merupakan calon terbaik mewakili PKR dan Pakatan Rakyat.

 

Pada 2 April, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said membacakan kenyataan rasmi Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai pelucutan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen berkuatkuasa 16 Mac selepas permohonan petisyen pengampunan diraja ditolak.

 

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas barisan hakim diketuai Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria mendapati Anwar bersalah melakukan liwat ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.