Pasukan JDT II, Rosakan Pintu Bilik Persalinan

PERSATUAN Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) kesal dengan tindakan segelintir ahli pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang merosakkan pintu bilik persalinan di Stadium Bandaraya, di Georgetown malam tadi.

 

Presidennya, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff menyifatkan tindakan itu telah memalukan Liga Malaysia selain menyebabkan pihaknya terpaksa mengeluarkan belanja untuk memperbaiki kerosakan itu.

 

“Kami sudah buat aduan rasmi kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan berharap tindakan sepatutnya diambil kepada individu terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Tinjauan mendapati pintu bilik yang disediakan khas untuk pasukan pelawat itu mengalami kerosakan kecil dan mempunyai kesan seperti ditendang.

 

Beliau berharap insiden itu tidak berulang apabila Pulau Pinang bertandang ke Johor dalam pusingan kedua Liga Perdana akan datang.

 

Dalam perlawanan itu, Pulau Pinang menang bergaya dengan jaringan 2-1 menerusi Hilton Moreira dan Alberto Goncalves dalam masa kecederaan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.