Nahas Helikopter: Muhyiddin Terkejut Dan Sedih

Kuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan nahas helikopter terhempas semalam.

 

“Saya amat sedih dan terkejut dengan tragedi yang berlaku semalam. Takziah kepada keluarga Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Datuk Azlin dan semua mangsa,” katanya dalam catatan di laman Twitternya hari ini.

 

Jamaluddin, yang merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat lagi dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB), yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

 

Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi helikopter Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.