Menyesal Masuk Lorong Mati

Marang – Hasrat seorang lelaki untuk mengelak disaman dengan cuba melarikan diri daripada sekatan jalan hancur berkecai apabila lorong yang dilaluinya adalah jalan mati.

 

Kejadian itu berlaku di laluan utama jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Rhu Renggeh di sini, malam kelmarin.

 

Akibat tindakan itu dia ditahan dan disaman kerana memandu tanpa lesen.

 

“Saya menyesal kerana memasuki satu lorong untuk mengelak daripada sekatan jalan raya. Lorong itu adalah jalan mati dan akhirnya saya tetap ditahan dan disaman kerana memandu kereta tanpa lesen,” katanya yang memandu Proton Wira.

 

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman berkata, pemuda itu dipercayai memasuki lorong berkenaan bagi mengelak daripada ditahan sepasukan anggota trafik yang menjalankan tugas dalam operasi itu.

 

“Bagaimanapun tindakannya mengelak daripada melalui sekatan itu gagal beriku-tan kecekapan anggota trafik yang bertugas dengan pantas menghalangnya.

 

“Pemeriksaan mendapati pemuda berusia 18 tahun itu tidak memiliki lesen memandu,” katanya.

 

Tambah beliau, dalam operasi selama empat jam itu sebanyak 33 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.