Jenazah Jamaluddin Jarjis Disolatkan Di Masjid Taman Tun Abdul Razak

Kuala Lumpur – Jenazah Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis akan disembahyangkan di Masjid Taman Tun Abdul Razak di Ampang, dekat sini.

 

Menurut anak arwah, Ikhwan Hafiz Jamaludin, jenazah dijangkakan tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.

 

“Kemudian jenazah akan dibawa pulang ke rumah di The Mines, Seri Kembangan.

 

“Urusan pengebumian akan dilakukan selepas solat asar di Makam Pahlawan, Masjid Negara,” katanya ketika ditemui di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur.

 

Allahyarham dan lima lagi meninggal dunia selepas terbabit dalam tragedi halikopter yang dinaikinya terhempas di Semenyih ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.

 

Helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu dipandu oleh Kapten Cliff Fournier bersama pembantu.

 

Pesawat itu di miliki oleh Ipoh Garden Berhad dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang medianya semalam mengarahkan siasatan rapi dan terperinci dilakukan berhubung tragedi itu.

 

Beliau berkata, siasatan rapi itu perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian yang mengorbankan individu penting dalam negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.