Jamaluddin Seorang Aktivis Yang Berkaliber – Tun M

Kuala Lumpur – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sebagai seorang aktivis yang berkaliber.

 

Kata Tun Mahathir, Jamaluddin telah bersama beliau di dalam kabinet dalam tempoh yang lama.

 

“Selepas saya bersara, kami tidak lagi bekerja bersama. Saya ucapkan takziah kepada keluarga,” katanya kepada pemberita selepas menziarah keluarga arwah di sini.

 

Tun Mahathir memaklumkan kali terakhir beliau bertemu dengan Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) itu sewaktu acara LIMA di Langkawi baru-baru ini.

 

“Ketika saya di Langkawi, beliau datang menemui saya dan memberitahu mengenai usaha mendapatkan tanah untuk perumahan,” ujarnya.

 

Sementara itu, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam merasa terkejut dengan nahas yang menimpa Jamaluddin.

 

“Helikopter yang dinaiki arwah itu saya pernah naik dan antara yang terbaik.

 

“Saya terperanjat dan kehilangan amat dirasai kerana saya sudah mengenali arwah lebih dari 20 tahun.

 

“Beliau kawan yang baik boleh berbincang dan tempat dapatkan pandangan,” katanya.

 

Tambah Ali, beliau dan Jamaluddin sepatutnya akan berjumpa dalam masa terdekat bagi membincang projek perumahan untuk rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.