Hukuman Jel Kerabat Johor Kekal

Putrajaya – Mahkamah Rayuan semalam mengetepikan pembebasan seorang kerabat diraja dan dua lagi atas pertuduhan sengaja mencederakan petinju kebangsaan Muhammad Farkhan Mohd. Haron, tiga tahun lepas.

 

Panel hakim tiga anggota di­penge­rusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif sebulat suara membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwa raya berhubung pembebasan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 30, Alex Foo Hee Wee, 44, dan Mohd. Arif Husin, 38.

 

Ketiga-tiga tertuduh, masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 28 Jun, 2013, selepas mereka didapati bersalah secara bersama-sama melakukan kesalahan itu di Jalan Molek 3/2, Taman Molek, Johor Bahru, antara pukul 4.30 pagi dan pukul 7 pagi pada 6 Mei 2012.

 

Mahkamah Tinggi bagaimanapun melepas dan membebaskan trio itu susulan rayuan dibuat oleh mereka yang dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen.

 

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan semalam mengubah perintah Mahkamah Tinggi itu. – Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.