Lelaki Ini Mengorbankan Semua Harta Termasuk Gadaikan Rumah Untuk Kekasihnya, Apa Yang Terjadi Malah Menyedihkan

Raffy Tulfo dan Niña Tadura merupakan pengacara sebuah program yang meneliti kes melibatkan kecurangan, menipu, dan salah guna kuasa.

Salah seorang daripada tetamu yang diwawancara ini mempunyai kisah sedihnya tersendiri.

Lelaki ini merupakan seorang pengawal keselamatan dan gadis yang mempunyai masalah ini juga bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pendek cerita mereka bertemu di Facebook. Setelah lama berkenalan akhirnya mereka bercinta.

Dalam waktu yang singkat mereka memutuskan untuk tinggal bersama. Namun sebelum berkahwin, kekasihnya itu memaklumkan bahawa dia ingin menjadi polis. Dia bekerja berkeras untuk menjadi polis.

Bagi memenuhi keperluannya, gadis itu telah meminta wang kepada lelaki tersebut.

Dia meminta wang bayaran latihan dan tiket kapal terbang dan kerana terlalu sayang kepada gadis itu,  lelaki tersebut sanggup menggadaikan rumahnya.

Gadis itu meminta sebuah telefon bimbit dan tentu saja, lelaki itu memberinya telefon bimbit.

Gadis itu meminta laptop, yang menurutnya dia perlukan agar dia dapat mengikuti ujian untuk latihannya.

Dia juga meminta motosikal. bukan satu tetapi dua buah motosikal.

Namun apa yang paling menyedihkan lelaki tersebut adalah kekasihnya telah berkahwin dengan bekas teman lelakinya!

Setelah semua dia berikan untuk gadis ini, inilah yang dia dapatkan.

Selepas mendengar semua ini, pengacara tidak dapat mengatakan apa-apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.