Penyanyi Indah, Nafi Ke Jepun Adakan Sesi Foto Pra Perkahwinan

KUALA LUMPUR – Penyanyi Indah Ruhaila menafikan khabar angin dia ke Jepun bagi mengadakan sesi fotografi praperkahwinannya.

Indah atau nama sebenarnya, Siti Ruhailah Hussein, 30, berkata, dia ke negara Matahari Terbit itu atas urusan lain yang tidak dapat didedahkan buat masa ini, lapor kosmo.

“Mana ada saya buat fotografi praperkahwinan di Jepun. Tak betul apa yang diperkatakan itu.

“Saya ke sana atas urusan lain yang tidak boleh dikongsikan kepada orang ramai lagi buat masa ini kerana terikat dengan arahan dan perjanjian,” katanya

Indah masih berada di Sapporo, Jepun ketika ini demi urusan lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.