Mufti, Pas Gesa Tun M Bersara, Tumpu Ibadat

KUALA LUMPUR – Mufti Pahang dan ulama PAS menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dalam politik dan lebih banyak beribadat.

Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menasihatkan mantan perdana menteri agar lebih banyak bergiat dalam pertubuhan dakwah, lapor Mingguan Malaysia.

“Beliau perlu bergiat aktif dalam dakwah untuk agama kerana dengan cara itu umat Islam akan lebih menghormati beliau sebagai negarawan,” katanya.

Ketua Dewan Ulama PAS pula menasihatkan bekas presiden Umno itu supaya “tidak mencampuri politik” dan “lebih baik pergi masjid dan surau.”

“Dr Mahathir telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, semua dia dan anaknya sudah kecapi,” kata Datuk Dr Mahfudz Mohamed.

“Jadi tidak sepatutnya beliau mencampuri urusan politik negara ini, lebih baik beliau berubah beri tumpuan kepada keagamaan, pergi masjid dan surau lebih baik.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.