Gaji Awie Sebulan RM30,000 Kata Rozana

Kuala Lumpur – Rozana Misbun mendedahkn kepada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam bahawa bekas suaminya, Awie dianggar memperoleh gaji sebanyak RM30,000 sebulan sebagai selebriti, pelakon dan penyanyi.

 

Justeru bekas model berusia 38 tahun itu yakin Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, mampu memberi nafkah anak seperti mana dalam tuntutan yang difailkannya di mahkamah pada 21 Oktober tahun lalu.

 

Ketika ditanya peguam syarie, Mohd. Nor Afandi Dahari yang mewakilinya pada pemeriksaan semula, Rozana bagaimana­pun mengaku tidak tahu jumlah gaji Awie yang sebenar, malah dalam tempoh perkahwinan mereka, penyanyi utama Kumpulan Wings itu juga tidak pernah memberitahu tentangnya kepada beliau.

 

“Apa yang saya tahu defendan merupakan seorang selebriti, pelakon dan penyanyi. Jadi saya hanya dapat menganggarkan gaji defendan dalam RM30,000 sebulan,” kata Rozana ketika memberi keterangan sebagai saksi dalam perbi­caraan hari pertama kes tuntutan nafkah kekal anak hasil perkongsian hidup pasangan itu di hadapan Hakim Syarie Che Saupi Che Husin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.