Video: Parodi Presiden Indonesia Menyanyi Tarik Perhatian Ramai

Kuala Lumpur – Menarik dan menghiburkan. Itu pandangan kebanyakan pengguna media sosial di Malaysia apabila mengulas video musik parodi yang ‘dinyanyikan’ oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo.

 

Video muzik parodi di laman Youtube itu digubah dari ucapan Jokowi semasa beliau menyertai Sidang APEC di China pada 10 dan 11 November 2014.

 

http://www.dailymotion.com/video/x2iqnwv_presiden-indonesia-jokowi-menyanyi-di-apec-beijing_music

 

Jokowi yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam ucapannya itu antara lainnya mengalu-alukan kedatangan para pelabur untuk meneroka peluang pelaburan di Indonesia.

 

“Siapa kata Bapak Presiden Jokowi tidak tahu berbahasa Inggeris? Buktinya beliau boleh menyanyi di hadapan para pemimpin negara dan usahawan dunia,” jelas Eka Gustiwana, komposer muzik yang bertanggungjawab menggubahnya.

 

Sehingga kini video muzik parodi Jokowi yang asal telah ditonton hampir 700,000 kali sejak ia dimuat naik pada 13 November 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.