Video: KJ ‘Reject’ Mat Lutfi Kerana ‘Tall, Dark and Handsome’

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilihat cuba untuk menarik perhatian golongan muda dengan membuat lawak dan rakaman video yang diterbitkankan oleh ‘Ready4WorkMY’.

 

Terbaru, beliau tampil bersama Vlogger terkenal, Mat Luthfi yang membicarakan isu mengenai sesi temuduga ketika mencari kerja.

 

 

Ready4WorkMY merupakan sebuah agensi yang menyediakan nasihat pakar kerjaya dari majikan terkemuka, maklumat mengenai program siswazah, topik mengenai latihan, dan sebagainya.

 

Antara matlamat program yang dibangunkan oleh TalentCorp Malaysia itu ialah membantu menyediakan golongan siswazah untuk berdepan membantu mereka memahami keperluan pekerjaan industri di Malaysia.

 

Rata-rata menyifatkan video berdurasi 2 minit 41 saat itu kelakar kerana mampu mencuit hati penonton.

 

“Oh..Mat Luthfi, silakan duduk (please, have a seat).

 

“Mat Luthfi, kenapa awak (you) ni tak tinggi, gelap dan kacak (tall, dark and handsome) ye? ,” ujar KJ di dalam video berkenaan.

 

Video yang dimuat naik di laman sosial Youtube pada 2 Mac yang lalu itu, berjaya menarik minat golongan muda dengan jumlah penonton sebanyak 22,853 setakat hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.