Skala Pencarian MH370 Mungkin Dikecilkan

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berharap pesawat MH370 yang hilang Mac lalu akan ditemui, tetapi mencadangkan skala carian pesawat itu dikecilkan.

 

Pesawat MAS hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

 

“Saya memberi jaminan kepada keluarga, harapan dan jangkaan kami bahawa carian yang berterusan ini akan berjaya.

 

“Saya tidak boleh berjanji bahawa carian yang dilakukan secara intensiti ini akan dilakukan selama-lamanya, tetapi kami akan meneruskan usaha yang terbaik untuk menyelesaikan misteri ini” katanya dipetik AFP.

 

Australia mengetuai carian di Lautan Hindi merangkumi lebih kurang 1,600 kilometer di luar pantai barat, dengan empat kapal menggunakan sistem sonar canggih.

 

Kapal-kapal tersebut memberi tumpuan 60,000 kilometer persegi dan pencarian dijadualkan berakhir pada bulan Mei.

 

Pencarian ini dibiayai bersama oleh Australia dan Malaysia dengan belanjawan sebanyak RM340 juta.

 

Sebelum ini, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, berkata keputusan meneruskan misi pencarian selepas fasa ini berakhir adalah bergantung kepada pendirian kerajaan Malaysia dan Australia. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.