Polis Kenal Pasti Warga Malaysia Yang Terlibat Dalam Video Potong Kepala ISIS

Kuala Lumpur – Polis mengenal pasti dua lelaki di dalam sebuah klip video kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) baru-baru ini sebagai rakyat Malaysia.

 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata mereka ialah Mohd Faris Anuar, 20 dari Kedah dan Muhamad Wanndy Muhamad Jedi, 26, dari Melaka.

 

“Video ini juga merupakan rakaman video pertama yang kita peroleh dengan menunjukkan kehadiran rakyat Malaysia di lokasi kejadian…Facebook milik individu yang menggunakan nama Abu Hamzah Al Fateh ini, juga dikesan masih aktif,” kata Ayub seperti dipetik Bernama.

 

http://www.dailymotion.com/video/x2ip7hq_rakyat-malaysia-bersama-mangsa-yang-disembelih_news

 

Kedua mereka dipercayai anggota sebuah kumpulan militan baru disertai rakyat Malaysia dan Indonesia, – Majmu’ah al Arkhabiliy, iaitu kumpulan yang menggantikan sayap lama bernama Katibah Nusantara Lid Daulah Islamiah di Syria dan Iraq.

 

Dalam klip 30 saat itu, Faris dilihat memberi isyarat dengan jari telunjuknya ke arah kamera, manakala Wandu dipercayai orang yang merakamkan video berkenaan.

 

Menurut Ayub seperti dilapor Bernama, individu yang merekod video berkenaan berumur 20 tahun berasal dari Gurun, Kedah dan telah ke Syria pada 23 September lepas, manakala orang di sebelah mayat yang disembelih itu berasal dari Durian Tunggal, Melaka dan tiba di Syria pada 26 Januari, juga merupakan pemilik akaun Facebook tersebut.

 

Rakaman video yang dimuat naik di Facebook pada 20 Februari itu merekodkan seorang lelaki warga Syria disembelih seorang lelaki Arab kerana didakwa menjadi pengintip kerajaan Syria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.