Penyerang Swansea Pulih Selepas Pengsan Ketika Perlawanan

London – Penyerang Swansea, Bafetimbi Gomis mengatakan dia dalam keadaan baik selepas pengsan ketika pasukannya tewas 2-3 dalam perlawanan liga di Tottenham.

 

Gomis, yang pernah rebah dan pengsan tiga kali pada tahun 2009, tiba-tiba terjatuh lalu pengsan serta merta selepas Spurs mendahului pada minit keenam.

 

Pemain Perancis yang berusia 29 tahun itu menerima rawatan sebelum meninggalkan padang di tempat dia terbaring dan kemudian dibawa ke hospital.

 

Gomis kemudian berkata: “Saya telah berada di bawah banyak tekanan dan keletihan kerana kesihatan ayah saya yang memerlukan saya berulang-alik ke Perancis.”

 

Beliau menambah: “Saya mahu memberi jaminan mengenai kesihatan saya.

 

“Saya berasa lebih baik sekarang.”

 

Gomis, yang menyertai Swansea dari Lyon pada musim panas lalu telah menjalani siri ujian perubatan pada tahun 2009 selepas tiga insiden dia pengsan ketika bergelar pemain Lyon.

 

Pihak perubatan bagaimanapun mengesahkan tiada ancaman serius pada kesihatannya.

 

Pengurus Swansea, Garry Monk berkata kepada BBC, “Kami memahami sejarahnya. Dia telah menjalani pelbagai ujian dalam kehidupannya.”

 

Jurucakap Swansea berkata mereka menyedari keadaan vasovagal (satu bentuk tekanan darah rendah).

 

Gomis berkata pada media sosial pada Rabu, “Saya kecewa kerana saya tidak dapat membantu pasukan saya malam ini tetapi kini semuanya kembali teratur.”

 

Tottenham adalah tempat yang sama mencatatkan insiden di mana Fabrice Muamba, kini 26, bermain untuk Bolton ketika menentang Spurs dalam suku akhir Piala FA pada tahun 2012, mengalami serangan jantung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.