MPS Rampas Barang Peniaga

RAWANG – Kira-kira 30 penjaja sekitar medan Bandar Tasik Puteri di sini, dikenakan tindakan sita kerusi meja dan khemah oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam Ops Ingkar yang dijalankan, kelmarin.

 

Operasi sekitar jam 10 pagi itu lancar hanya beberapa insiden berlaku termasuk penjaja merampas barangan yang disita namun keadaan terkawal.

 

Sebuah premis yang membuat struktur kekal di atas parkir turut diroboh kerana tidak mendapat kebenaran.

 

Berlaku tikam lidah dalam kalangan penjaja yang tidak puas hati beberapadan mendakwa penguatkuasaan dilakukan secara tidak menyeluruh.

 

Namun situasi itu diselesaikan dengan penguatkuasaan terus oleh MPS berdasarkan aduan dari penjaja di kawasan-kawasan dimaksudkan.

 

Ketua Operasi MPS, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, pihaknya menjalankan operasi untuk mengawal aktiviti penjaja yang tidak mempunyai permit.“Tahun lepas melalui operasi besar-besaran kita beritahu penjaja jangan tinggalkan sebarang peralatan dan kosongkan selepas berniaga. Tetapi mereka hanya ikut beberapa bulan saja,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Katanya, operasi yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai jabatan dalam MPS juga mengambil kira faktor kebersihan dan kesihatan.

 

“Tindakan yang kita ambil di bawah undang-undang kecil penjaja MPS 2007 iaitu kompaun maksimum dikenakan sehingga RM1,000,” katanya.

 

Mengenai dakwaan penjaja bahawa penguatkuasaan tidak dijalankan secara menyeluruh katanya, ia berlaku disebabkan anggota dan pengangkutan terhad, namun pelaksanaan tetap dilakukan pada operasi seterusnya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.