Mokhzani Mahathir Letak Jawatan Di Sapura Kencana

Kuala Lumpur – Datuk Mokhzani Mahathir hari ini melepaskan jawatannya sebagai naib pengerusi syarikat minyak SapuraKencana Petroleum Berhad, memberikan alasan “sebab peribadi”.‎

 

Anak kedua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan antara pengasas SapuraKencana selepas syarikat minyaknya, Kencana Petroleum bergabung dengan SapuraCrest pada 2012.

 

Majalah Malaysian Business bulan lalu meletakkan Mokhzani ke dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia, dengan tambahan nilai sebanyak RM1.59 billion dalam tempoh setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.