Manchester United Menang Tipis Ke Atas Newcastle

NewCastle – Manchester United terus bersaing hebat untuk kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris apabila Ashley Young, tampil menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus meraih kemenangan tipis ke atas Newcastle United, pada Rabu.

 

Jaringan Young pada minit ke-89 membuatkan United, berjaya meraih tiga mata penting di di St James’ Park, dengan rekod hanya tewas sebanyak dua kali selepas 22 perlawanan liga.

 

Meskipun diselubungi beberapa kontroversi dalam perlawanan ini, pengurus United, Louis Van Gaal kini boleh menarik nafas lega dengan kemenangan ini, ketika persaingan untuk merebut empat tempat teratas semakin sengit.

 

“Saya amat gembira dengan prestasi kami, tetapi kami tidak boleh dibuai dan terleka terlalu lama, kerana jika demikian, ia boleh mendatangkan hasil yang negatif.

 

“Ia adalah sangat penting untuk kami menang hari ini, kerana semua pesaing kami menang dalam perlumbaan saingan liga.

 

“David De Gea menyelamatkan dua cubaan penting, begitu juga Tim Krul, dengan kita menunggu masa yang lama untuk gol kemenangan. Ia menunjukkan semangat juang pasukan kami,” kata Van Gaal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.