Gerhana Bulan Penuh Pada 4 April 2015

Kuala Lumpur – Rakyat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku pada 4 April 2015.

 

Menurut laporan falakonline.net, sebahagian besar negara-negara di Asia dan benua Amerika dapat menyaksikan fenomena itu.

 

Bagaimanapun, rakyat di Semenanjung Malaysia akan terlepas fasa-fasa awal gerhana itu, namun penduduk di timur Sabah dapat menyaksikan keseluruhan fasa gerhana itu dari awal hingga akhir.

 

Tempoh gerhana bulan kali ini dijangka amat pendek, kerana ia berada dalam fasa gerhana penuh selama lima minit dan orang ramai berpeluang melihat bahagian sisi kiri bulan (sebelah utara) lebih cerah sedikit, berbanding bahagian kanan, ketika saat-saat fasa gerhana penuh berlaku.

 

gerhana bulan 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.