ECS Pengedar Rasmi Xiaomi MiPad

Kuala Lumpur – Syarikat berstatus MSC, ECS ICT Bhd, mengukuhkan portfolio pengedaran produk mobiliti selepas dilantik oleh pengeluar elektronik yang berpangkalan di China , Xiaomi, untuk menjadi pengedar rasmi untuk tablet MiPad, di Malaysia.

 

“Xiaomi telah meningkat dengan pantas, menjadi satu jenama isi rumah global dalam sektor produk mobiliti.

 

“ECS bukan sahaja bangga menjadi rakan kerjasama jenama baru muncul seperti Xiaomi, tetapi juga kehadiran di peringkat akar umbi yang mantap melalui rangkaian penjual semula kami yang berjumlah lebih daripada 5,000 di seluruh negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Soong Jan Hsung dalam satu kenyataan hari ini.

 

“Kami percaya bahawa teknologi maklumat dan saluran penjual mudah alih adalah pelengkap kepada platform maya Xiaomi, dan membolehkan syarikat untuk memperluaskan capaiannya bagi memenuhi permintaan pelanggan.”

 

MiPad mempunyai skrin 7.9 inci dan dikuasakan oleh pemproses empat teras (quad-core). Ia dilengkapi dengan 16 gigabait (GB) memori flash, dengan pilihan untuk memperluaskan ke 128GB.

 

Xiaomi MiPad ini berharga RM799 dan telah dilancarkan di Malaysia melalui kedai dalam talian pada 10 Feb 2015, dengan semua unit telah dijual dalam tempoh 65 saat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.