Duta AS Cedera Dikelar Di Korea Selatan

SEOUL – KOREA SELATAN.  Duta Amerika Syarikat ke Korea Selatan, Mark Lippert, 42, cedera dikelar oleh seorang penyerang ketika menghadiri majlis sarapan pagi di sini, hari ini.

 

Paparan gambar menunjukkan Mark sedang dikejarkan keluar dari bangunan terbabit dengan sebelah tangan di bahagian pipi kanannya manakala sebelah lagi tangannya berlumuran darah.

 

Menurut jurucakap Jabatan Negera Amerika Syarikat, kecederaan tersebut tidak mengancam nyawa duta berkenaan.

 

Penyerang yang dipercayai seorang lelaki berusia 55 tahun itu berjaya ditangkap pihak berkuasa.

 

Memetik laporan media tempatan, serangan itu berlaku kira 7.40 waktu tempatan semasa duta berkenaan menghadiri majlis sarapan pagi di pusat bandar Seoul Korea selatan.

 

Penyerang itu dilaporkan menjerit “Selatan dan Korea Utara perlu bersatu” sebelum mengelar duta berkenaan.

 

Sementara itu, Jabatan negeri Amerika Syarikat berkata: “Kami amat mengutuk perbuatan  keganasan ini,” katanya dipetik BBC

 

Mark ialah bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan telah dilantik sebagai Duta Besar ke Korea Selatan pada tahun 2014. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.