“Bayi Saya Bukan Raksasa”

Carolina Selatan – Seorang ibu berang apabila warga alam maya telah mengejek penampilan bayinya.

 

Bayi tersebut, Mariah Anderson, dari Summerville, Carolina Selatan telah dilahirkan dengan sindorm ‘Chromosome Two Duplication’, satu keadaan sidrom genetik yang jarang berlaku di seluruh dunia.

 

Sindrom ini telah melumpuhkan motor bayi tersebut dan mengurangkan jangka hayatnya.

 

Mariah, yang telah menyambut ulang tahun keduanya pada Sabtu, telah dijadikan bahan jenaka apabila, ibunya, mengambil gambar bayinya dan memuat naik ke Facebook.

 

Tidak disangka-sangka, gambar tersebut menjadi viral dan dikongsi oleh beribu-ribu pengguna lain dalam talian dan dijadikan bahan ejekan secara ‘kejam’.

 

Pengguna Facebook, Twitter dan Instagram melihat gambar bayi tersebut sebagai satu jenaka dan memberi komen-komen yang ternyata mengecewakan ahli keluarga lain bayi tersebut.

 

Ibu Mariah, Kyra Pringle berkata kepada portal Mirror.co, “Semua perkara yang anda katakan tentang anak saya tidak benar, dia bukan raksaksa.”

 

Sindrom ‘Chromosome Two Duplication’ hanya ditemui baru-baru ini dan ia biasanya didiagnosis pada kanak-kanak.

 

Daripada 120 kes bayi yang dikesan menghidap sindrom tersebut, separuh daripadanya tidak dapat meneruskan hidup lebih daripada 12 tahun.

 

Nenek kepada bayi tersebut, Linda Pringle berkata, “Buat anda di luar sana yang melakukan perkara ini (mengejek), dan anda fikir itu lucu, ia tidak melucukan.”

 

“Dia benar-benar seorang manusia, dia kanak-kanak, dia adalah seorang bayi,” luahnya dengan penuh kekecewaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.