Australia Buli Negara Asia – Zam

Kuala Lumpur – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menggesa pemimpin negara ASEAN mengajar Australia menjadi sebuah negara berperadaban tinggi bagi menyesuaikan dirinya dengan persekitaran Asia khususnya ASEAN dalam persidangan kemuncak persatuan itu yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan hadapan.

 

Beliau berkata, sikap Australia yang berterusan membuli negara Asia khususnya negara yang dianggap lemah dan tidak mahu mendengar cakapnya wajar dibincangkan.

 

Menurut Zainuddin, Indonesia selalu menjadi mangsa buli Australia dan turut mempersoalkan sampai bila negara yang mempunyai lebih 200 juta penduduk itu terus membiarkan diri mereka dibuli hanya kerana takutkan Australia sebagai Polis Amerika.

 

“Presiden baru Indonesia, Jokowi sewajarnya hadir di Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur bulan depan dengan mendongak kepalanya setelah menembakndua orang penjenayah Australia dan bukannya dengan menunduk kepala kerana tunduk kepada tekanan kulit putih yang merasakan mereka lebih kuat dan lebih mulia.

 

“Hentikan Australia dari menjadi juara rasis di asia,” uajr Zam dalam entri terbaru di dalam blognya.

 

Menurut laporan akhbar, Peguam Negara Indonesia, H.M. Prasetyo Hakim pada awal bulan ini menjatuhi hukuman mati terhadap dua warga Australia, Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, kerana kesalahan mengedar dadah.

 

Australia telah merayu lebih 50 kali kepada kerajaan Indonesia supaya tidak menjatuhkan hukuman terhadap dua rakyatnya yang berdepan hukuman gantung.

 

Zainuddin yang merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu menambah walaupun agenda ini sukar datang dari Malaysia yang kini bertambah akrab dengan Australia sejak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, tetapi ia boleh dikemukakan oleh Indonesia yang maruahnya kini sedang tercabar.

 

“Pegawai-pegawai Wisma Putra pun tidak boleh lagi diharap untuk sensitif berkenaan perkara ini kerana mereka tidak lagi berada dalam sentimen nasionalisme Asia kerana turut tenggelam dalam khayalan asmara dana dengan (Barack) Obama.

 

“Dengan tindakan berani dan berkesan diambil terhadap Australia maka barulah akan memberikan pengisian kepada slogan ASEAN ‘Our People, Our Community, Our Vision’ (Rakyat Kami, Komuniti Kami, Visi Kami),” katanya.

 

Berikut adalah pandangan penuh beliau berhubung isu tersebut:

 

KEMUNCAK ASEAN MESTI AJAR AUSTRALIA SEBAGAI KAKI BULI:
JOKOWI JANGAN HADHIR PUNCAK ASEAN DENGAN TUNDUK KEPALA

 

Sidang Puncak ASEAN yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan depan dengan Malaysia sebagai pengerusinya , wajar membicangkan penerusan sikap Aurstralia untuk membuli negara ASIA terutama negara yang dianggapnya lemah yang tidak mahu mendengar cakapnya.

 

Terkini Ausrtalia membuat berbagai ancaman memperkecil dan menghina Indonesia untuk menyekat Indonesia meggantung rakyatnya yang dihukum mati kerana mengedar dadah di Indonesia. Apa yang berlaku kepada Indonesia mungkin akan berlaku kepada Malaysia. Seorang rakyat Malaysia yang dihukum gantung sedang mendapat perlindungan di Australia

 

Ternyatalah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir 15 tahun lalu tentang sikap Australia suka membuli negara -negara Asia terutama Indonesia masih benar sampai sekarang walau pun perdana menterinya masa itu Paul Keating telah meminta maaf kepada Mahathir kerana mensifatkan Mahathir sebagai Keras Kepala ( Recalcitran).

 

Kecaman itu dibuat Paul Keating kerana Mahathir tidak mahu menghadhiri sidang punck APEC sebaliknya mahu diwujudkan East Asia Economic Caucus.

 

Dalam satu interviunya dengan ABC ,Mahathir memberi amaran kepada Australia supaya berhenti dari mengajar negara negara lain menjalankan sendiri urusan negara mereka jika hendak berbaik-baik dengan negara -negara Asia.

 

Mahathir khususnya menyebutkan kesukaan Australia membuli Indonesia terutama mencampuri soal Timur Timur.

 

Berikutan kecaman itu Mahathir juga memberi amaran akan mengambil tindakan balas dalam hubungan perdagangan dengan Australia yang menyebabkan Keating meminta Maaf tetapi bila John Howard menggantikannya hubungan menjadi buruk semula keana sikpanya membuli Indonesia kerana dirasakan di Indoneisa lemah.Mahathir menuduh Australia tidak hormati janjinya.

 

Indonesia selalu menjadi mangsa buli Australia .Sampai bilakah Indonesia akan terus membiarkan Australiauntuk membuli mereka sebuah negara besar dengan lebih 200 juta penduduk hanya kerana takutkan Australia sebagai Polis Amerika.

 

Presiden baru Indonesia Jokowi sewajarnya hadhir di Sidang Punck ASEAN di Kuala Lumpur bulan depan dengan mendongak kepalanya setelah menggantung dua orang penjenayah Australia dan bukannya dengan menunduk kepala kerana tundak kepada tekanan kulit putih yang merasakan mereka lebih kuat dan lebih mulia.Hentikan Australia dari menjadi Juara Rasis di Asia

 

Demi untuk maruah Malaysia ,sidang Puncak ASEAN kelak seharusnya dapat memikirkan langkah yang sewajarnya untuk mengadakan suatu ajenda khusus bagi membincangkan sikap sombong dan suka membuli Australia terhadap negara negara Asia supaya dapat mengajar Australia menjadi negara yang berperadaban tinggi menyesoikan dirinya dengan persekitaran Asia dan khususnya ASEAN.

 

Memang ajenda ini sukar untuk datang dari Malaysia yang bertambah akrab dengan Australia sejak Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri tetapi ajenda ini boleh dikemukakan oleh Indonesia yang maruahnya sedang tercabar sekarang.

 

Pegawai-pegawai WISMA PUTRA pun tidak boleh lagi diharap untuk sensitif pekara ini kerana mereka tidak lagi berada dalam sentimen nasionalisme Asia kerana turut tenggelam dalam khayalan asmara dana dengan Obama.

 

Dengan tindakan berani dan berkesan diambil terhadap Australia maka barulah akan memberikan pengisian kepada slogan ASEAN” Our People,Our Comunity,Our Vision”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.