AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad Ditumbuk Pagi Tadi

Kuala Lumpur – AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad ditumbuk dan dipukul oleh individu yang tidak dikenali dalam satu kejadian awal pagi tadi.

 

Menurut Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat di laman sesawang Facebook sebentar tadi kejadian berlaku sejurus selepas Dzulkifly balik dari solat subuh.

 

“Selepas menumbuk, penjenayah ini berkata “kenapa kurang ajar sangat?”.

 

“Pemuda PAS Malaysia sangat dukacita dengan kejadian ini. Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS” ujarnya sebentar tadi.

 

SuhaizanSuhaizan mendakwa tindakan tersebut adalah bertujuan untuk memecahbelahkan PAS.

 

Sementara itu Datuk Kamarudin Jaffar turut mengesahkan kejadian tersebut berkata, Dzulkefly ketika ini sedang membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan selepas ini.

 

Kesan kejadian itu, beliau dikatakan mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.

 

Berdasarkan maklumat diterima, Dzulkefly dipukul ketika masih berada di dalam kereta, dan sebelum itu beliau memandu keretanya masuk ke perkarangan rumahnya sebaik saja pintu pagar dibuka.

 

Dzulkefly yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu dalam satu kenyataan sebelum ini berkata beliau sudah hilang hormat dengan golongan ustaz yang mengaku ulama namun mengunakan pendekatan memaki hamun.

 

Kenyataan itu sebagai maklumbalas terhadap apa yang berlaku ketika Multaqa Ulama ke-2 baru-baru ini.

 

“Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jamaah dan parti sendiri,” katanya.

 

Dzulkefly turut melahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku berikutan pelbagai ancaman yang dihamburkan kepada kumpulan yang tidak sealiran pemikiran kumpulan tersebut.

 

Ekoran itu, Dzulkefly dilaporkan berkata, “Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dahulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu.”

 

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti itu menjadi sasaran penyokong golongan ulama keranan dikatakan sebagai dalang dalam komplot menggulingkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Antara pemimpin yang ‘diserang’ adalah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

 

Malah kereta pengarah pilihan raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli turut dilaporkan dibakar di perkarangan rumahnya di Hulu Kelang.

 

Ia berlaku selepas beliau didakwa menjadi dalang kepada usaha menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Dakwaan itu dibuat dalam satu demonstrasi dan penyerahan memorandum kepada PAS oleh sekumpulan ahli PAS yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadli Ahmad di depan pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

 

Dzulkefly yang mengulas kejadian itu menganggap ia dibuat oleh mereka yang berusaha melaga-lagakan pimpinan PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.