Kerajaan Digesa Tidak Kurangkan Bantuan RMT Murid Sekolah

ALOR SETAR — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa supaya tidak sesekali mengurangkan jumlah penerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Meminta sistem bantuan itu ditambah baik, ketua Umno bahagian Sungai Petani berkata ramai ibu bapa merungut berikutan anak mereka tidak lagi menerima bantuan.

“Sepatutnya peruntukan untuk golongan memerlukan ini ditambah selain tidak menyukarkan proses penyalurannya,” kata Datuk Shahanim Mohamad Yusof seperti dilapor Utusan Online.

“Saya harap kerajaan mempertimbangkan untuk tidak menggugurkan mereka yang menerima RMT sebelum ini. Jangan sukarkan rakyat lagi termasuk meminta mereka melakukan rayuan”.

Sabtu lalu, Kementerian Pendidikan menasihati keluarga yang anak-anak mereka tidak mendapat bantuan membuat rayuan di sekolah masing-masing untuk pertimbangan khas.

Kenyataan berkenaan menyebut kemungkinan murid-murid yang tidak menerima bantuan bagi tahun ini disebabkan perubahan pendapatan ibu bapa atau penjaga masing-masing. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.