Adakah Mahathir Mahu Rakyat Cetus Kekacauan?

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia menunjuk perasaan di jalanan sekiranya perdana menteri mengisytiharkan darurat bagi mengelak pilihan raya umum (PRU) ke-14 diadakan, adalah tidak kena pada tempatnya.

Salleh berkata Datuk Seri Najib Razak bukan seorang diktator dan tidak akan melakukan perkara sedemikian.

Katanya perdana menteri tidak akan mengisytiharkan darurat hanya kerana ingin kekal berkuasa dengan mengelak PRU ke-14 diadakan.

“Bahkan, apa yang lebih nyata Dr Mahathir mahu memindahkan kuasa mengisytiharkan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong kepada perdana menteri pada 1993 tetapi gagal.

“Najib bukanlah seorang diktator dan akan mengambil tindakan seperti itu,” katanya dalam catatan terkini di laman blognya sskeruak.blogspot.my malam tadi.

Tambahan pula, Salleh berkata faktor mengapa Dr Mahathir menyatakan Najib akan mengisytiharkan darurat kerana bekas perdana menteri itu menganggap Pakatan Harapan akan memenangi PRU ke-14.

“Jika tidak berlaku kepada Mahathir, Barisan Nasional dan bukannya Pakatan Harapan akan memenangi PRU ke-14. Maka kenapa perlu mengisytiharkan darurat untuk Najib kekal berkuasa dengan mengelakkan PRU ke-14?” katanya.

Salleh berkata menurut Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi Mara Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Najib tidak boleh mengisytiharkan darurat kerana beliau hanya boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong berbuat demikian dan Seri Paduka Baginda tidak semestinya mengikut nasihatnya.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.