Jurugambar Jadi ‘Ahli Keluarga’ Cheetah Liar

MALILANGWE, Zimbabwe – Sekumpulan cheetah liar kini seolah-olah menerima seorang jurugambar sebagai ahli keluarga selepas dia menghabiskan masa hampir dua tahun bagi menyelesaikan satu program dokumentari mengenai haiwan itu.

 

Beberapa gambar yang didedahkan menunjukkan kehadiran Kim Wolhuter diterima dengan baik oleh cheetah betina dan lima ekor anaknya itu.

 

Haiwan pemangsa berkenaan bukan sahaja tidak menyerang Wolhuter tetapi juga membiarkan dia melakukan aktiviti rakaman pada jarak dekat.

 

Sepanjang tempoh rakaman dokumentari Natural World bertajuk Cheetahs: Growing Up Fast di saluran BBC itu, Wolhuter mengekori cheetah betina tersebut di kawasan pemuliharaan hidupan liar Malilangwe.

 

Wolhuter antara lain merakam pelbagai momen menarik mengenai kehidupan keluarga cheetah itu selain peristiwa sedih menyaksikan dua ekor anak cheetah mati dibunuh oleh singa.

 

“Ia satu pengalaman yang sungguh istimewa terutama apabila ibu cheetah menerima saya dengan baik ketika menjadi sebahagian daripada keluarga mereka,” katanya. – Agensi/Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.