Ibu Dengar Bisikan, Bunuh Anak

KOTA BHARU – Ibu yang dipercayai membunuh bayinya didakwa mendengar bisikan menyuruhnya membunuh anak.

 

Ibu yang membunuh bayinya yang berusia 82 hari itu dikatakan pernah mengadu kepada jiran dia terdengar bisikan itu, Petik BH.

 

Sepupu mangsa, Nur Kamelia Kamaruzzaman, 20, berkata suspek mengadu kepada jiran beberapa hari sebelum kejadian.

 

“Namun dia tidak menceritakan kepada suaminya dan tidak ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

 

Tambahnya, kali terakhir keluarga berkenaan pulang ke kampungnya di Jal Kecik, Tumpat, pada Selasa lalu dan suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

 

“Kali terakhir saya berjumpa mangsa, dia dilihat manja, manakala ibunya tidak menunjukkan sebarang sikap yang pelik.

 

“Kejadian ini sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana ibu mangsa juga tidak mempunyai sebarang perselisihan faham dengan suaminya,” katanya.

 

Dalam kejadian jam 2.45 petang tadi, seorang bayi perempuan berusia 82 hari mati dikelar dipercayai dilakukan ibunya yang berusia 32 tahun, di kuarters tentera di Kok Lanas, di sini.

 

Kejadian itu disedari seorang jiran yang kemudian menghubungi polis. Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata jiran berkenaan melihat mangsa terbaring di atas tilam di ruang tamu rumah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.

 

Siasatan awal polis mendapati, mangsa dikelar di kiri leher dengan pisau pemotong sayur.

 

“Ketika kejadian, dua anak supek yang berusia 11 dan 8 tahun sempat keluar melarikan diri selepas melihat tindakan ibu mereka,” katanya.

 

Suami mangsa, seorang anggota tentera, tiada di rumah ketika kejadian.

 

Abdul Rahman berkata, polis belum mengenal pasti punca kejadian, sama ada suspek mengalami gangguan emosi.

 

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, untuk bedah siasat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.