Bayi Dua Bulan Maut Dikelar Selamat Disemadikan

TUMPAT – Jenazah Nur Areesa Sofea Jiri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Jal Kechik.

 

Jenazah dikebumikan pada jam 3.15 pagi dihadiri ahli keluarga allahyarham dan 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

 

Terdahulu, solat jenazah bayi berusia dua bulan yang mati dipercayai dikelar ibunya disembahyangkan di kediaman neneknya di Kampung Jal Kechik.

 

Solat jenazah diimamkan oleh 7 Skuadron RAJD, Staf Sarjan Mohd Arif Abdullah bersama 30 jemaah.

 

Turut mengiringi pengkebumian itu, ayah bayi itu, Jiri Jaidin yang tiba bersama jenazah anaknya pada jam 3.04 pagi di tanah perkuburan tersebut.

 

Semalam, Sinar Harian melaporkan bayi perempuan berusia dua bulan maut dipercayai dikelar di leher oleh ibunya di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.

 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.