Video: Lelaki Dipuji Netizen, Pertahan Maruah Adik Dari Gangguan Seksual

KUALA LUMPUR — Penulis blog Papagomo menimbulkan kontroversi lagi, kini dengan video menunjukkan dirinya memukul pekerja asing secara berkumpulan yang tersebar di media sosial sejak semalam.

 

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dalam video berdurasi kira-kira 4 minit itu dilihat memanggil beberapa pekerja bangunan dan berkonfrontasi dengan salah seorang yang mengaku berasal dari Pakistan.

 

Wan Mohd Azri selepas itu dilihat beberapa kali menampar, kemudian menumbuk serta menendang walaupun lelaki itu sudah meminta maaf.

Beliau turut mengugut pekerja lain memastikan agar pekerja yang dikasarinya itu tidak kelihatan lagi di premis terbabit pada masa akan datang.

 

Sehingga kini video itu ditonton 1.2 juta pengguna media sosial Facebook (netizen).

 

Papagomo dalam akaun Facebooknya “Sir Azri” bagaimanapun mempertahankan tindakannya dan menjelaskan ia bertujuan untuk melindungi keselamatan empat wanita; dua daripadanya adalah adik perempuannya sendiri selepas mengadu menghadapi gangguan seksual.

 

 

“Empat perempuan, dua orang adalah adik perempuan aku. ‘Sweet sweet’ atau main mata tu biasa pada aku sebab tu lumrah kegatalan orang lelaki.

 

“Tapi kalau dah buat aksi melampau dengan kelakuan tak senonoh maka itu sudah melampau dan seharusnya diberikan pengajaran,” katanya.

 

Jelasnya, insiden itu berlaku pada 29 Januari lalu ketika beliau dan sekumpulan rakan-rakannya pergi berjumpa dengan pekerja warganegara asing; seorang lelaki warga Indonesia, seorang warga Bangladesh, seorang Pakistan, serta seorang lelaki penduduk sementara yang menjadi mandur kepada tiga pekerja berkenaan.

 

“Jadi kalau kata tindakan aku tu salah maka benarlah ianya salah kerana mengambil tindakan tidak mengikut saluran undang undang.

 

“Tetapi selaku abang dalam membela adik perempuan aku yang berumur 21 tahun, 23 tahun dan dua orang lagi kawannya berumur 23 tahun dan 20 tahun aku berbangga sebab setidak-tidaknya aku melaksanakan tanggungjawap sebagai seorang abang dan juga seorang lelaki,” katanya.

 

Beliau juga memberi alasan enggan meminta bantuan polis kerana perlu melalui proses kes yang panjang selain bimbang ia gagal dibawa ke muka pengadilan.

 

Tambahan, tindakan Wan Mohd Azri itu mendapat pujian beberapa pengguna Facebook yang menganggapnya sebagai seorang abang dan lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang dengan tindakan ganas beliau.

 

“Bestnya ada abang pelindung macam ni…rasa selamat berada di perantauan. Awak abang yang terbaik,” komen Sharmalyn Fadiera, antara catatan paling popular, disukai lebih 3,100 pengguna.

 

Seorang pengguna Facebook bernama Zaryna Isimanlocos Aryn Locos juga menggelar beliau sebagai seorang “gentleman”, dan menganggap “sedikit tindakan keras” akan mampu “mengajar” pekerja asing tersebut.

 

“Rasa macam nak suruh abang ni jadi pengawal keselamantan saya je, yakin selamat. Bangla, Nepal lagi teruk perangai, takut kalau diorang ada sebelah,” tambah pengguna Mayu Cha pula. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.