Nurul AF2 dan suami dapat ganti rugi RM80,000

PUTRAJAYA – Bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Nurul dan suaminya memperoleh ganti rugi RM80,000 berhubung tuntutan saman terhadap TV3 dan empat yang lain kerana menyiarkan kenyataan dan visual bersifat fitnah dalam rancangan Melodi pada 2011.

 

Perkara itu dicapai berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Nurul atau Nurullah Zawawi, 33, dan suaminya Mohd. Munzil Muhamad, 32, untuk mendapat kebenaran merayu.

 

Sehubungan itu, mahkamah tertinggi negara mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 10 Julai 2014 yang mengarahkan TV3 atau Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), dan empat yang lain membayar ganti rugi RM80,000 kepada pasangan tersebut.

 

Kuorum berkenaan turut memerintahkan Nurul dan suaminya membayar kos RM10,000.

 

Kedua-duanya diwakili oleh peguam Nadzarin Wok Nordin manakala TV3 dan empat yang lain diwakili oleh T.H. Liew. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.