Laporan Polis Dibuat Terhadap Individu Ugut Bom KL, Rumah PM

PETALING JAYA –  Tindakan pengguna laman sosial mengugut untuk melancarkan serangan bom di sekitar ibu negara dan kediaman Perdana Menteri mendorong aktivis, Mohd Ali Baharum membuat laporan polis terhadap pemilik Facebook terlibat.

 

Mohd Ali, atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju dalam laporannya pada pagi Jumaat meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis mengesan, seterusnya menahan individu bernama Aidil Radzi yang didakwa mengugut di laman media sosialnya.

 

“Ugutan ini amat serius kerana ia boleh menggugat keselamatan awam di sekitar Kuala Lumpur dan juga keselamatan Perdana Menteri sekeluarga,” memetik laporan tersebut yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

 

ugutan bom

 

Laporan itu juga menyebut bahawa beliau mengetahui tentang ugutan tersebut pada Khamis melalui aplikasi WhatsApp.

 

“No.1 hari ini 5/2/2016 Report Polis,  KL dan Rumah PM dalam keadaan bahaya,” tulisnya di laman Facebook, Jumaat.

 

Sementara itu, Ali Tinju turut berkongsi paparan skrin yang menunjukkan Aidil Radzi membuat posting tersebut.

 

“Saya akan gegarkan Kuala Lumpur dan kediaman YAB Perdana Menteri Malaysia dengan letupan bom pada hari Sabtu minggu ini kerana Najib menyusahkan rakyat,” tulisnya.

 

Dalam laporannya, Ali Tinju turut menulis tentang kejadian serangan bom di Jakarta yang telah menyebabkan orang awam terbunuh. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.