Khairy Ucap Selamat Tahun Baru Cina Buat Masyarakat Tionghua

KUALA LUMPUR – Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina buat masyarakat Tionghua yang bakal menyambut perayaan itu pada 8 dan 9 haribulan ini.

 

Tidak lupa juga, Khairy turut merakamkan ucapan bersama video yang dimuatnaik bersama status dilaman sosial Facebook sekali gus mendoakan kebahagiaan, kesihatan serta kemakmuran bagi mereka yang meraikan tahun bersempena tahun monyet.

 

“Selamat Tahun Baru Cina daripada saya kepada seluruh masyarakat Tionghua sempena perayaan yang cukup bermakna ini.

 

“Semoga Tahun Monyet ini memberi kita semua tahun yang penuh kebahagian, kesihatan yang baik serta kemakmuran yang dirasai disamping ahli keluarga dan orang yang tersayang,” tulisnya.

 

Menurutnya, banyak yang telah dilalui bersama sebagai rakyat pelbagai kaum dan agama.

 

“Besar harapan saya agar kemeriahan perayaan yang dirasai seluruh rakyat Malaysia ini menjadi tiupan baharu semangat perpaduan yang lebih jitu semasa kita menempuhi masa yang mencabar.

 

“Disamping memberi Ang Pow dan menziarahi sanak saudara, yang paling penting adalah semangat kekeluargaan yang akan kita terus semai agar perayaan ini penuh bermakna. Jangan lupa juga untuk bersenam dan makan dengan sihat, demi keluarga, demi #FitMalaysia,” ujarnya lagi.

 

Akhir sekali, beliau turut menulisnya dalam bahasa cina yang berbunyi “Gong Xi Fa Cai!

凯里。新的一年,希望大家多做运动。祝愿大家,身体健康,猴年快乐!,” akhirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.