Kariah Masjid Teruja, Sambut PM Dan MB Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Masyarakat di Sungai Petani tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dan bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

 

Sejurus selepas menunaikan solat di Masjid Permatang Gedung di sini petang tadi, penduduk dan ahli kariah turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Perdana Menteri dan Menteri Besar yang baru dilantik itu.

 

Najib, Bashah - Masjid Permatang Gedung

 

Terdahulu, Najib membuat lawatan di Lunas dan merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Paya Besar dan ucapannya melahirkan keyakinan Ahmad Bashah mempunyai kemampuan untuk membawa Kedah lebih maju.

 

Katanya beliau juga percaya Menteri Besar baru itu mampu menjalankan tugasnya dengan berkesan dalam menjaga kebajikan seluruh rakyat.

 

“Saya dan rakan-rakan (dalam kerajaan Persekutuan) ucapkan tahniah kepada Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar yang baharu, dan selamat bertugas,” katanya pada awal ucapannya ketika perasmian.

 

Semalam, Ahmad Bashah, 66, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata sejak lima penggal telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

 

Perlantikan beliau itu sebagai menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang meletakkan jawatan dua hari lepas selepas hilang kepercayaan majoriti ADUN Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.