100 Rumah Atas Air Musnah Terbakar

SANDAKAN – Kira-kira 100 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi, dekat sini, malam tadi.

 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu kira-kira jam 11 malam. Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew, berkata bomba menerima panggilan pada jam 11.03 malam sebelum menghantar empat jentera bersama 23 anggota ke lokasi.

 

Katanya, bomba dapat mengawal api daripada merebak ke sebuah kilang dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lupak Meluas.

 

“Kita gunakan sumber air dari parit dan pili bomba untuk memadam kebakaran. Api hanya dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.25 pagi.

 

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.