Warga Emas Ditemui Mati Tergantung

Klang – Seorang warga emas ditemui mati tergantung di pokok di Jalan Sungai Putus, Off Jalan Batu Belah, hari ini.

 

Mangsa berusia 67 tahun ditemui orang ramai yang melalui tempat kejadian kira-kira jam 7 pagi tadi.

 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, siasatan awal mendapati mangsa ke tempat kejadian menaiki kenderaannya jenis Nissan berdekatan dengan pokok.

 

Menurutnya, mangsa dipercayai datang seorang diri ke lokasi dan meletakkan tangga serta memasang tali pada dahan pokok setinggi kira-kira tiga meter dipercayai untuk menggantung dirinya.

 

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian ini susulan tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa.

 

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dipercayai berasal dari Jalan Sungai Nibong 3, Taman Mewah Klang.

 

Menurutnya, polis masih menyiasat punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.