Tiga Individu Termasuk Pembantu Peribadi Guna Nama MB, Exco Direman

IPOH 5 Feb. – Tiga individu termasuk seorang pembantu peribadi kepada pegawai kanan kerajaan negeri dan suaminya direman lima hari bagi membantu siasatan kes penggunaan nama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan beberapa Exco kerajaan negeri untuk mendapatkan rasuah bagi memperoleh projek kerajaan.

 

Kesemua suspek yang berusia antara 45 dan 48 tahun itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap mereka mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

 

Perintah tahanan reman selama lima hari hingga 9 Februari ini, dikeluarkan Majistret Suhaima Mohd.

 

Noor mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Majistret di sini.

 

Terdahulu, ketiga-tiga suspek tersebut yang ditahan dalam operasi di sebuah restoran di Medan Ipoh di sini kira-kira pukul 7.30 petang semalam, dibawa ke mahkamah oleh kakitangan SPRM pada pukul 9.30 pagi sebelum prosiding reman dimulakan kira-kira dua jam kemudian.-UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.