Ribuan Hadir Di Manjoi, Tanda Sokongan Terhadap Ustaz Kazim

Kuala Lumpur – Pendakwah terkenal tanah air, Datuk Ustaz Kazim Elias Al – Hafiz mengesyaki ada cubaan pihak tertentu untuk menghalangnya daripada terus memberi ceramah kerana beliau mampu menarik ribuan pendengar.

 

Menurut beliau, ceramah yang menjadi isu sekarang sebenarnya telah dirakamkan ketika kuliah Maghrib di Surau Al – Iman di Kemensah Height, Kuala Lumpur pada Disember 2009.

 

Beliau berkata, ceramah itu pernah dibangkitkan oleh beberapa portal pembangkang tetapi tidak mendapat sambutan kerana ketika itu tiada orang yang mengenali siapa Ustaz Kazim.

 

Bagaimanapun, katanya, ketika ini, beliau menjadi ‘crowd puller’ apabila ceramahnya, baik secara terbuka, di dalam radio atau televisyen, berjaya menarik ribuan pendengar yang merentasi batas politik, kaum dan agama.

 

Sehubungan itu, Ustaz Kazim menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat oleh seorang individu yang bernama Pui Tiong Lam, yang membuat laporan polis di Kelantan baru-baru ini, kononnya beliau mengaibkan orang Cina dan cuba mencetuskan ketegangan.

 

“Saya rasa ada usaha untuk mempetisejukkan saya,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Aman Menyokong Ustaz Kazim Elias di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, Ipoh pada Rabu.

 

Kira-kira 1,000 daripada 22 pertubuhan bukan kerajaan hadir dengan membawa kain rentang dan pelekat untuk menyatakan sokongan terhadap pendakwah bebas itu.

 

Antara NGO yang hadir ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkasa Malaysia cawangan Perak, Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (MAAP), Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) dan Gabungan Rakyat Junjung Perlembagaan Malaysia (GARAP), Pekida, Pesaka Gayung Perak, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak, Persatuan Pengguna Islam Perak dan PAPIM Perak.

 

Ustaz Kazim turut menafikan beliau seorang yang rasis kerana Pusat Pendidikan al-Barakah sendiri dibina oleh gabungan semua kaum, Melayu, Cina, India dan juga Sikh.

 

Tambahan pula, beliau yang baru sahaja mendapat anugerah yang membawa gelaran Datuk baru-baru ini, mendedahkan bahawa beliau sendiri memelihara dua orang anak Cina berumur 2 dan 4 tahun.

 

“Di tempat saya juga ada ada mata pelajaran Mandarin dan Tamil, kalau saya rasis sudah tentu ini semua tidak ada,” tambah beliau.

 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pihak-pihak yang cuba mempertikaikan kandungan ceramahnya supaya meneliti keseluruhan kandungan dan jangan membuat tuduhan melulu.

 

Bagaimanapun, beliau yakin, segala kekeliruan dan tuduhan yang dibuat terhadapnya boleh dijawap sendiri oleh ribuan rakyat yang pernah mendengar ceramah beliau di seluruh negara.

 

sokong ustaz kazim 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.