Polis Ditembak Ketika Cuba Ambil Mayat – Saksi

Kota Kinabalu – Tembakan dilepaskan terhadap anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) yang cuba mengambil mayat yang dikebumikan di dalam sebuah lubang di atas tanah di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

 

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Lahad Datu, Insp Abdul Mutalib Harun, berkata insiden itu berlaku kira-kira 1 tengah hari pada 6 Mac, 2013 apabila sekumpulan anggota dari Unit Forensik CID hendak turun ke dalam lubang sedalam lima kaki untuk mengambil mayat.

 

Pada masa yang sama, beliau berkata seorang pegawai tentera memekik “semua polis berundur ke belakang cepat” dengan mengarahkan semua 15 pegawai dan 75 anggota dari CID untuk berlindung.

 

“Ketika Unit Forensik hendak turun ke dalam lubang tersebut, satu tembakan bertalu-talu secara automatik datang dari arah depan.

 

“Dalam masa sama, pihak tentera telah maju ke depan dan membalas tembakan,” kata beliau ketika memberi keterangan pada perbicaraan 30 individu yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.