Piala FA: Liverpool Tewaskan Bolton Pada Minit Akhir

LIVERPOOL berjaya meneruskan hasrat mereka untuk mara ke pusingan kelima Piala FA hasil dua jaringan dalam lima minit terakhir perlawanan ketika menentang Bolton Wanderers.

 

Selepas bermain secara seimbang pada babak pertama, Bolton tampil lebih agresif di babak kedua. Eidur Gudjohnsen berjaya membawa satu jaringan buat Bolton pada minit ke-59.

 

Ketinggalan dengan 0-1, Liverpool mempamerkan aksi serangan lebih cemerlang yang membuahkan hasil. Raheem Sterling berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada lewat permainan di minit ke-86 setelah menerima umpan daripada Emre Can.

 

Hanya berselang lima minit, pasukan The Reds itu memperoleh kemenangan menerusi jaringan Phillipe Coutinho.

 

Kemenangan ini membawa Liverpool mara ke pusingan kelima dan akan bertemu dengan Crystal Palace. Perlawanan itu akan diadakan di Selhurst Park pada 14 Februari ini.

 

Berikut merupakan pasukan dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA:

 

Crystal Palace lwn Liverpool

Arsenal lwn Middlesbrough

Aston Villa lwn Leicester City

West Brom lwn West Ham

Bradford City lwn Sunderland

Blackburn Rovers lwn Stoke City

Derby County lwn Reading

Preston NE lwn Manchester United

– Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.